Not Modify --> Wan Kuzain Cipta Sejarah Melayu Pertama Bermain Di Liga Profesional Amerika - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Wan Kuzain Cipta Sejarah Melayu Pertama Bermain Di Liga Profesional Amerika



Nama Wan Kuzain yang namanya kembali di sebut-sebut di laman sosial.Ini sangat mengembirakan dan membanggakan Malaysia.Wan Kuzain adalah anak Malaysia yang lahir di USA.

Sejarah tercipta apabila anak Malaysia iaitu Wan Kuzain Wan Kamal,18, telah berjaya membuat kemunculan pertamanya selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL) dengan membarisi kesebelasan utama Swope Park Rangers menentang OKC Energy.

Kuzain yang pernah mendapat jolokan 'Messi Amerika' telah memakai jersi nombor 75 berjaya mengemudi bahagian tengah pasukan dengan baik di mana berjaya membantu kelabnya itu bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan 3-1.

Berikut disertakan sedikit biodata ringkas Wan Kuzain

BIODATA



Nama: Wan Kuzain Wan Kamal
Tarikh Lahir : 14 September 1998
Tempat Lahir: Amerika Syarikat
Kelab: St. Louis Scott Gallagher (SLSG)
Tempat Tinggal: Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat
Nama Ayah:  Prof. Dr. Wan Kamal Wan Napi
Nama Ibu: Tiada Maklumat 

Pencapaian: Kuzain menerajui SLSG untuk menjadi juara kejohanan bawah 14 tahun lelaki dalam Piala Juara NPL (National Premier League) yang dianjurkan persatuan kelab bola sepak Amerika Syarikat.Wan Kuzain yang pernah mewakili skuad bawah 17 tahun Amerika Syarikat (AS) dan berlatih dengan Sporting KC B-18 selain pernah dijemput menjalani latihan bersama gergasi Liga Eredivisie, Feyenoord di Belanda.
0 Komentar untuk "Wan Kuzain Cipta Sejarah Melayu Pertama Bermain Di Liga Profesional Amerika"

Back To Top