Not Modify --> Tahniah Datuk Lee Chong Wei Merangkul gelaran All England Kali ke 4 - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei Merangkul gelaran All England Kali ke 4



Tahniah kami ucapkan kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kerana merangkul gelaran kali ke 4 All England. Walaupun sebelum ini mengalami kecederaan lutut tetapi beraksi penuh yakin berhadapan pemain muda dari China.

Shi Yugi sebelum ini buat kejutan apabila menewaskan Lin Dan di separuh akhir.Chong Wei membawa pulang gelaran keempat All England selepas memenanginya pada 2010, 2011 dan 2014.

Chong Wei mencatat kemenangan mudah dengan 21,12 dan 21-20.
Dalam masa sama pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pasangan China pada perlawanan akhir
Kejohanan Badminton All England di Barclaycard Arena, Birmingham hari ini.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu menewaskan Lu Kai-Huang Yaqiong 21-18 pada set pertama sebelum kalah pada dua set seterusnya, 19-21 dan 16-21 dalam pertarungan selama sejam 26 minit.
0 Komentar untuk "Tahniah Datuk Lee Chong Wei Merangkul gelaran All England Kali ke 4"

Back To Top