Not Modify --> Keputusan Terkini JDT vs Pahang 1.4.2017 Suku Akhir Pertama - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Keputusan Terkini JDT vs Pahang 1.4.2017 Suku Akhir Pertama



Pasukan Pahang menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Piala FA Malaysia musim 2017 bagi pusingan suku akhir pertama yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 1 April 2017.

Pahang layak ke pusingan suku akhir Piala FA 2017 setelah menewaskan Melaka United 2-0 manakala JDT pula menyingkirkan UiTM FC dengan kemenangan bergaya 4-0 masing-masing dalam perlawanan pusingan ketiga yang berlangsung pada 11 Mac 2017

Sukar untuk meramalkan keputusan membabitkan kedua-dua pasukan ini kerana masing-masing mempunyai kehebatan yang tersendiri. Bagaimanapun kelebihan awal memihak kepada Pahang yang beraksi di hadapan penyokong mereka.

Jika dilihat dari rekod pertemuan terkini, JDT memiliki kelebihan selepas kejayaan menewaskan Pahang 3-2 dalam aksi Liga Super 2017, 3 Mac lalu dan tidak mustahil keputusan tersebut dapat diterjemahkan semula sekiranya JDT tampil dengan rentak yang lebih bertenaga pada pertemuan suku akhir pertama ini

Pahang harus berwaspada berikutan pencabar mereka (JDT) adalah sebuah pasukan yang terbaik dan sentiasa mampu beri tentangan sengit selain berupaya mencipta kejutan di tempat lawan

Aksi perlawanan Pahang menentang JDT menjadi tumpuan oleh kedua-dua penyokong yang mahu menyaksikan pasukan mereka meraih kemenangan dalam suku akhir pertama sebagai bekalan untuk menghadapi aksi timbal balik, suku akhir kedua Piala FA 2017 nanti.

keputusan Terkini JDT vs Pahang 1.4.2017

JDT    VS    Pahang 

1            -        3
0 Komentar untuk "Keputusan Terkini JDT vs Pahang 1.4.2017 Suku Akhir Pertama"

Back To Top