Not Modify --> Ziyad Hadiahkan Emas Buat Malaysia Dan Cipta Rekod Dunia Paralimpik - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Ziyad Hadiahkan Emas Buat Malaysia Dan Cipta Rekod Dunia Paralimpik


Kami Dari Herosukan mengucapkan tahniah kepada Ziyad kerana menjadi Hero Malaysia.Malaysia dihadiahkan pingat emas kedua paralimpik oleh atlet Muhammad Ziyad Zolkefli yang turut mencipta rekod baharu dunia dan Sukan Paralimpik dalam acara lontar peluru F20.
Muhammad Ziyad untuk acara F20 (masalah pembelajaran), melakukan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau dalam kejohanan itu di Rio de Janeiro, Sabtu.
Rekod dunia dan paralimpik sebelum ini,16.29m, dipegang Todd Hodgetts dari Australia pada edisi kejohanan di London 2012.
Pingat perak menjadi milik Dimitrios Senikidis dari Greece dengan 16.17m dan gangsa milik Hodgetts dengan 15.82m. -
Tag : paralimpik
0 Komentar untuk "Ziyad Hadiahkan Emas Buat Malaysia Dan Cipta Rekod Dunia Paralimpik"

Back To Top