Not Modify --> Ridzuan, Ziyad Membanggakan Malaysia Hadiahkan Emas Paralimpik - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Ridzuan, Ziyad Membanggakan Malaysia Hadiahkan Emas Paralimpik



Kami di herosukan mengucapkan tahniah dan kami berbangga atas kejayaan ini dan membuka mata ramai pihak.

Malaysia mencipta sejarah selepas memenangi dua pingat emas pada temasya Paralimpik Rio, Brazil, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia.


Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pada Sabtu di Rio de Janeiro, dalam acara 100m T36 (celebral palsy).

Pingat emas kedua Malaysia telah berjaya diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Dalam edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekadar meraih perak dan gangsa.

Di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat untuk mengetepikan Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah Brazil (12.54s). 

Muhammad Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 meter untuk mencipta rekod dunia dan memungut emas dalam cubaannya yang kelima. Muhammad Ziyad memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012. 

Dimitrios Senikidis dari Greece memenangi pingat perak dalam acara itu di Rio dengan lontaran 16.17m dan Hodgetts meraih pingat gangsa dengan lontaran 15.82m.
Tag : paralimpik
0 Komentar untuk "Ridzuan, Ziyad Membanggakan Malaysia Hadiahkan Emas Paralimpik"

Back To Top