Not Modify --> PEPE DINOBAT PEMAIN TERBAIK FINAL EURO 2016 - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

PEPE DINOBAT PEMAIN TERBAIK FINAL EURO 2016

Tahniah dari Kami HeroSukan atas kemenangan Portugal Di Euro 2016.


Pemain pertahanan Portugal, Pepe dinamakan sebagai Pemain Terbaik final Euro 2016 selepas mempamerkan aksi ampuh dibahagian pertahanan untuk membantu pasukannya melakar kemenangan 1-0 ke atas pasukan tuan rumah, Perancis.
Pemain gantian, Eder menjaringkan gol kemenangan dengan Portugal terpaksa beraksi hampir keseluruhan permainan tanpa kapten Cristiano Ronaldo yang dikeluarkan seawal minit ke-24 ekoran kecederaan.

Perancis memulakan perlawanan selaku pasukan yang menjaringkan gol paling banyak di Euro 2016 namun berdepan kualiti pertahanan Pepe yang bergandingan dengan Jose Fonte, mereka berjaya melenyapkan ketajaman Les Bleus.

Pertahanan Real Madrid itu membuat 12 'clearance' termasuk tiga halangan penting.
0 Komentar untuk "PEPE DINOBAT PEMAIN TERBAIK FINAL EURO 2016"

Back To Top