Not Modify --> Aidil Zafuan Dan Syafiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Aidil Zafuan Dan Syafiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan



Berita yang amat mengejutkan apabila Aidil Zakuan bersara bagi mewakili skuad kebangsaan. Sejam lepas itu Syafiq Rahim Juga turut mengumumkan bersara dari Skud Kebangsaan. Pengumuman tersebut di lakukan di page Johor Southern Tigers.



SAYA BERSARA DARI SKUAD KEBANGSAAN

Saya Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan untuk bersara dari skuad kebangsaan (dengan rekod 68 kali penampilan bermula Julai 2007) dan ingin memberi peluang tersebut kepada pemain muda yang lain untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang. Saya cukup berbesar hati dapat membantu mencapai beberapa kejayaan yang diraih sewaktu bersama skuad kebangsaan yang antaranya seperti memenangi pingat emas SEA Games 2009, Kelayakan Belia Bawah 20 AFC 2004, Sukan Olimpik 2008 serta perlawanan-perlawanan lain. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyokong bolasepak tanahair, barisan kejurulatihan serta pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong karier saya  sepanjang berkhidmat bersama skuad kebangsaan.

Aidil Zafuan Abdul Radzak


MASANYA SUDAH TIBA UNTUK SAYA BERSARA

Sudah tiba masanya untuk saya bersara dari skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugasan saya. Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan Bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru untuk memberikan keputusan dan idea yang lebih positif buat skuad negara. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya di dalam skuad kebangsaan terutama penyokong-penyokong bolasepak tanahair, barisan kejurulatihan serta pengurusan FAM.

Safiq Rahim

0 Komentar untuk "Aidil Zafuan Dan Syafiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan"

Back To Top