Not Modify --> Terbuka Indonesia 2016 : Beregu Lelaki Lepasi Rintangan Awal - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Terbuka Indonesia 2016 : Beregu Lelaki Lepasi Rintangan Awal


Wakil negara berdepan cabaran getir sebaik kejohanan badminton Terbuka Indonesia bermula apabila terpaksa menempuh beberapa jaguh dunia.


Dua beregu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong meneruskan kemaraan ke peringkat kedua Siri Super Premier Terbuka Indonesia selepas melepasi cabaran masing-masing.

Bagaimanapun V Shem-Wee Kiong tidak perlu turun gelanggang apabila lawannya yang juga pilihan keempat dari Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang terpaksa menarik diri daripada pertandingan.

Manakala Kien Keat-Boon Heong pula terpaksa bermain tiga set dan terpaksa menghaungi pertarungan selama 47 minit sebelum dapat menewaskan Berry Angriawan-Rian Agung Saputro dengan keputusan 21-17, 10-21, 21-15.
0 Komentar untuk "Terbuka Indonesia 2016 : Beregu Lelaki Lepasi Rintangan Awal"

Back To Top