Not Modify --> Jendela Perpindahan Liga Malaysia 20 Jun - 15 Julai - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Jendela Perpindahan Liga Malaysia 20 Jun - 15 Julai




Jendela perpindahan telah di buka dan pastinyaakan membuka lebih banyak pilihan kepada pasukan-pasukan Liga Super dan Liga Premier Malaysia untuk mendapatkan pemain-pemain asing bagi
memperkuatkan pasukan mereka. Dalam pada itu, tempoh jendela perpindahan ini turut memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan dan asing yang beraksi dalam Liga Malaysia untuk dikenalpasti oleh ejen-ejen atau pasukan-pasukan luar negara untuk ditandatangani.

JENDELA PERPINDAHAN LIGA MALAYSIA
------------------------------------
Antara tempoh dan syarat pendaftaran kedua Liga Super dan Liga Premier 2016 

1. Dibuka mulai 20 Jun dan ditutup pada 15 Julai 2016
2. Maksimum 4 pemain tempatan dan 4 pemain asing boleh didaftarkan.
3. Pemain asing hanya dibenarkan bagi pemain baharu yang tidak pernah bermain di mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia 2016.
4. Semua pembatalan/pendaftaran menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak (SPMB) dan kelulusan adalah tertakluk kepada Sekretariat Pertandingan FMLLP

Apa yang menarik pembukaan jendela perpindahan kali ini adalah pemain import yang sedang/telah beraksi di Liga Malaysia musim 2016 tidak dibenarkan berpindah pasukan untuk jendela perpindahan kali ini.

0 Komentar untuk "Jendela Perpindahan Liga Malaysia 20 Jun - 15 Julai"

Back To Top