Not Modify --> Rahsia Terbesar Syafiq Rahim Sertai Dan Bertahan Di JDT - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Rahsia Terbesar Syafiq Rahim Sertai Dan Bertahan Di JDT


Nama Syafiq Rahim semakin menjadi bualan peminat bola sepak tempatan sama ada peminat JDT mahupun pasukan lain. Syafiq rah juga berjaya mencuri perhatian dunia apabila FIFA.com memuatkan artikel mengenai kepakaran dalam mengambil sepakan percuma.

Tak hairanlah apabila beliau di beri gelaran (CHOPOT) - Chief of Passing of Target. Dimana membantu rakan-rakan dalam menjaringkan gol.

Tetapi satu kenyataan beliau menjadi bualan ramai dan sebab mengapa sehingga kini tetap bertahan bersama pasukan JDT.


KAMI TIDAK AKAN BERHENTI DI SINI

Saya percaya bahawa lambat laun JDT akan bermain dalam kejohanan elit di peringkat Asia. TMJ adalah inspirasi utama kepada pasukan dan sentiasa menjadi pendorong kami. Segala-galanya tentang kelab ini cukup baik, dari kakitangannya hinggalah kepada pemain. Setiap daripada kami ingin mencapai lebih lagi, termasuklah saya. Saya masih lagi belajar, namun saya terdorong untuk meningkatkan lagi prestasi hingga ke tahap yang lebih tinggi. Saya mahu bermain di AFC Champions League (ACL). Ia menjadi impian saya dan kini saya berada di sebuah kelab yang mampu membawa saya ke destinasi tujuan saya. 




SEGALA-GALANYA ADA DI JDT
Terima kasih saya ucapkan kepada DYAM Tunku Mahkota Johor, pihak pengurusan dan para penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada karier saya di sini. Dengan pengurusan JDT yang profesional yang lengkap dengan segala kemudahan, pemain hanya perlu memberi sepenuh perhatian untuk memberikan aksi terbaik ketika perlawanan. JDT dilihat sebagai tempat paling sesuai untuk semua pemain bola sepak mengembangkan karier masing-masing. Ini semua adalah merupakan revolusi pembangunan bolasepak yang dibawa oleh DYAM Tunku Mahkota Johor dalam memastikan bolasepak tanahair ke arah yang sepatutnya dituju. Saya pastikan saya akan bermain selama mungkin di kelab bolasepak yang saya cintai ini sehingga bersara.
0 Komentar untuk "Rahsia Terbesar Syafiq Rahim Sertai Dan Bertahan Di JDT"

Back To Top