Skuad badminton berpasukan lelaki Malaysia meneruskan saingan kejohanan Piala Thomas edisi yang ke 29 bagi peringkat separuh akhir (Semi Final) dengan menentang pasukan Denmark yang dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat, 20 Mei 2016.
Pasukan Badminton Malaysia layak ke peringkat separuh akhir selepas mudah menewaskan Chinese Taipei (Taiwan) 3-1 pada aksi suku akhir manakala Denmark mencipta kejutan apabila menyingkirkan penyandang juara musim lalu, Jepun dengan kemenangan 3-2 dalam pertarungan sengit.
Gergasi badminton Eropah, Denmark kini menjadi penghalang Malaysia dalam aksi separuh akhir Piala Thomas dan perlawanan ini akan menjadi tumpuan oleh penyokong Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Denmark pada aksi separuh akhir ini, Malaysia sekali gus meneruskan kemaraan ke peringkat akhir bagi memburu kejuaraan Piala Thomas edisi ke 29 menentang pasukan Indonesia yang menyingkirkan Korea dengan kemenangan 3-1.
Seluruh penyokong dan peminat mengharapkan skuad badminton berpasukan lelaki Malaysia akan terus menampilkan aksi cemerlang yang ditunjukkan sepertimana menewaskan lawan sebelum ini.
Pemain Badminton Malaysia untuk saingan Piala Thomas 2016 terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei yang menggalas misi selaku perseorangan utama bersama Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Chong Wei Feng serta Goh Soon Huat Manakala barisan pemain beregu diketuai oleh gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.
KEPUTUSAN PEMAIN SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS
Malaysia VS Denmark
2 - 3
Pemain Perseorangan 1 Set 1 Set 2
Lee Chong Wei 23 21
Viktor Axelsen 21 18
Pemain Beregu 1 Set 1 Set 2
Goh V Shem / 21 21
Tan Wee Kiong
Mathias Boe /
Mads Conrad Petersen 18 18
Pemain Perseorangan 2 Set 1 Set 2
Iskandar Zulkarnain Hans 18 18
Kristian Vittinghus 21 21
Pemain Beregu 2 Set 1 Set 2 Set 3
Koo Kien Keat / 21 8 13
Tan Boon Heong
Kim Astrup / 10 21 21
Anders Skaarup Rasmussen
Pemain Perseorangan 3 Set 1 Set 2
Chong Wei Feng 15 18
Emil Holst 21 21
0 Komentar untuk "Piala Thomas 2016 : Keputusan Separuh Akhir Malaysia Menentang Denmark "