Not Modify --> JDT Muncul Juara Piala FA 2016 , Esok Cuti Peristiwa Bagi Negeri Johor - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

JDT Muncul Juara Piala FA 2016 , Esok Cuti Peristiwa Bagi Negeri Johor



Tahniah kepada JDT kerana telah memenangi Piala FA. JDT  muncul juara Piala FA 2016 selepas menundukan PKNS FC 2-1 hasil jaringan Safiq Rahim dan Pereyra Diaz.

Semperna dengan kemenang JDT ,esok cuti.

Susulan kejayaan itu, baginda tuanku turut berkenan bertitah mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor.
Perkara tersebut disampaikan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim.
Kemenangan tersebut sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun penguasaan pasukan dari selatan tanah ini iaitu kali terakhir muncul juara Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).
Ismail turut memaklumkan kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi insentif ke atas skuad Harimau Selatan ini atas kejuaraan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata pihaknya mengikut ketetapan cuti peristiwa yang diputuskan Kerajaan Negeri Johor sama seperti sebelum ini.

0 Komentar untuk "JDT Muncul Juara Piala FA 2016 , Esok Cuti Peristiwa Bagi Negeri Johor"

Back To Top