Not Modify --> Tugas Getir Selangor Sabtu Ini Menentang Kelantan - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Tugas Getir Selangor Sabtu Ini Menentang Kelantan


Selangor berdepan tugas sukar apabila bertandang ke Kota Bharu untuk menentang Kelantan Sabtu ini dalam usaha mereka mengekalkan kedudukan teratas Liga Super.

Kelantan kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah melakar kemenangan pertama di bawah bimbingan bekas jurulatih Harimau Muda itu apabila menewaskan Sime Darby 3-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA.

Kejayaan itu dilihat bakal menyuntik semangat The Red Warriors (TRW) yang turut mendapatkan dua pemain import baru, Austin Amutu (Nigeria) dan Gilmar Da Silva (Brazil) untuk meneruskan rentak kemenangan dalam kancah Liga Super apabila mereka kini berada pada kedudukan ke-10 Liga Super yang menghampiri penghujung pusingan pertama.

“Kelantan menunjukkan kebangkitan dari aspek permainan yang menampakkan mereka sukar dikalahkan. Pemain import baru diturunkan turut memainkan peranan dalam membantu mereka selain kehadiran pemain tempatan yang sememangnya diketahui mempunyai kemampuan tersendiri.

“Jadi saya melihat selepas kemenangan Kelantan ke atas Sime Darby dalam Piala FA, tugas berat menanti kami Sabtu ini,” kata kapten Selangor Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid.
Selangor kini mengumpul 17 mata tidak boleh tercicir lagi seandainya mahu mengekalkan penguasaan kerana FELDA United turut memungut mata sama, namun dibezakan jumlah jaringan.

“Persiapan kami lebih serius untuk menghadapi perlawanan itu. Moral pemain berada pada tahap tinggi, namun pada masa sama wujud tekanan untuk mempertahankan kedudukan teratas Liga Super. Bagaimanapun, kami bersedia menyerap tekanan itu bagi mendapat keputusan positif,” tambahnya.

Durakovic dijangka mengekalkan Rizal Fahmi sebagai kapten dan mengemudi pertahanan tengah Merah Kuning bergandingan dengan Robert Cornthwaite selepas cemerlang beberapa perlawanan lalu.


0 Komentar untuk "Tugas Getir Selangor Sabtu Ini Menentang Kelantan "

Back To Top