Not Modify --> FAM Ubah Jadual Liga M Beri Laluan Tottenham-Liverpool - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

FAM Ubah Jadual Liga M Beri Laluan Tottenham-Liverpool







Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa melakukan beberapa pindaan jadual perlawanan saingan Liga Super dan Liga Perdana bagi memberi laluan kepada kunjungan dua kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham dan Liverpool yang akan bertemu pasukan Pilihan Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia bertemu Tottenham akan berlangsung pada 27 Mei ini manakala Pilihan Malaysia bertemu Liverpool, 24 Julai ini. 

"Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah memutuskan bahawa beberapa pindaan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Perdana perlu dibuat bagi memberi laluan kepada pasukan Pilihan Malaysia menghadapi dua perlawanan berkenaan," kata Hamidin dalam kenyataan kepada media, hari ini. 


Jadual Liga Super yang terbabit ialah hari perlawanan ke-11 iaitu dari 30 Mei dipinda ke 27 Jun, hari perlawanan ke-15 dari 27 Jun diawalkan ke 23 Jun serta hari perlawanan ke-17 dari 25 Julai dipinda ke 5 Ogos.

Jadual Liga Perdana yang terbabit pula ialah hari perlawanan ke-11 iaitu dari 29 Mei dipinda ke 26 Jun, hari perlawanan ke-15 dari 26 Jun diawalkan ke 22 Jun serta hari perlawanan ke-17 dari 24 Julai dipinda ke 4 Ogos.



0 Komentar untuk "FAM Ubah Jadual Liga M Beri Laluan Tottenham-Liverpool "

Back To Top