Not Modify --> Kedudukan FIFA Terkini Malaysia Di Bawah Bhutan, Timor Leste Dan Afghanistan - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Kedudukan FIFA Terkini Malaysia Di Bawah Bhutan, Timor Leste Dan Afghanistan



Kedudukan Harimau Malaya nampak jatuh sebanyak 11 anak tangga daripada kedudukan 153 kepada 164 itu merupakan kedudukan ketiga terburuk bagi pasukan kebangsaan. Tentu sekali peminat bola sepak tanah air begitu kecewa dengan kedudukan terkini. 




Kedudukan yang telah di keluarkan semalam menunjukkan Malaysia bawah negera Bhutan. Bhutan negara yang kecil yang pernah satu ketika berada di tangga terakhir ddan kini naik 46 anak tangga di atas Malaysia . Manakala Timur Leste Naik 33 anak tangga untuk kedudukan ke 152.



Paling Daily Sukan kecewa apabila Harimau Malaysia kalah kepada negara yang pernah berperang dan sedang bergolak iaitu Afganistan yang berkedudukan tangga ke 135. Untuk lebih lanjut boleh tekan di kolum sebelah kanan. 

Nampaknya tindakan memecat Rajagopal dan di gantikan Dollah Salleh nampak tidak memberi kesan.Harimau Malaysia terus bergantung harap pada pemain-pemain lama dan dapat kita lihat pasukan-pasukan lain mula mengetengahkan pemain baru dan di beri peluang untuk mewakili negara masing-masing.

Apa akan jadi dengan bola sepak Malaysia ? 

Pertanyaan demi pertanyaan akan di lontarkan kepada FAM untuk menjawab segala persoalan. Apakah tindakan yang seterusnya yang akan di ambil oleh pihak FAM ?

Walaupun kecewa dengan keputusan kedudukan terkini tetapi Daily Sukan akan terus menyokong Harimau Malaya.

Ianya tidak mustahil tetapi perlukan perubahan yang drastik dan menyeluruh. Kami harap Harimau Malaya terus berusaha demi Mengharumkan Nama Negera. 


0 Komentar untuk "Kedudukan FIFA Terkini Malaysia Di Bawah Bhutan, Timor Leste Dan Afghanistan "

Back To Top