Not Modify --> Ayuh Rakyat Malaysia Terus Menyokong Datuk Lee Chong Wei - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Ayuh Rakyat Malaysia Terus Menyokong Datuk Lee Chong Wei




Kami Di Daily Sukan akan terus menyokong Datuk Lee Chong Wei,semoga kes ini dapat di selesaikan dan beliau dapat kembali mengharumkan nama Negara. Kem badminton kelihatan suram dan tidak bermaya terutama bagi perseorangan negera. Semoga dengan sekembalinya beliau dapat menaikkan semangat pemain-pemain yang lain untuk terus berjuang. 

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton mendoakan agar keputusan pendengaran kes doping jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mencapai keputusan yang positif.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, dengan keputusan positif yang dicapai nanti, bekas pemain nombor satu dunia itu dapat meneruskan cabaran yang lebih besar khususnya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik kepada negara.
    
"Saya harap semua rakyat Malaysia dan peminat Chong Wei supaya dapat doakan agar kes itu dapat keputusan yang positif. Dengan keputusan positif itu beliau dapat meneruskan cabaran yang lebih besar khususnya dalam usaha mendapatkan pingat emas yang masih 'elusive' lagi bukan sahaja kepada beliau tapi juga kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Chong Wei, 33, digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping dan didapati positif 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lepas.

Naib juara Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu kemudiannya digantung BWF mulai 11 Nov lalu sementara menantikan kesnya didengar di Amsterdam, Sabtu ini.

Semalam, Chong Wei bersama-sama peguam peribadi dan pengurus besar BAM Kenny Goh serta seorang anggota majlis BAM Jadadish Chandra berlepas ke London.

Di London, Chong Wei akan bertemu dengan peguam yang dilantik Kementerian Belia dan Sukan, Mike Morgan sebelum berlepas ke Amsterdam, Belanda bagi pendengaran kes berkenaan. - Bernama
0 Komentar untuk "Ayuh Rakyat Malaysia Terus Menyokong Datuk Lee Chong Wei "

Back To Top