Not Modify --> Skuad Bawah 23 Malaysia Ikat Seri Korea Utara - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Skuad Bawah 23 Malaysia Ikat Seri Korea Utara



Ianya boleh di jadikan penanda aras bagi Skuad B-23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee berjaya melakar keputusan yang memberangsangkan apabila berjaya mencatat keputusan seri 1-1 berdepan B-22 Korea Utara di Bangkok.

Walaupun ketinggalan pada minit ke-34 menerusi tendangan penalti yang disempurnakan penyerang Korea Utara Jo Il Gwan namun ia langsung tidak merencatkan rentak permainan skuad negara.

Pemain remaja yang semakin meningkat naik M. Kogileswaran menjadi wira apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 79.

Keputusan seri ini seharusnya memberikan semangat buat skuad muda negara untuk mencatat keputusan lebih baik lagi apabila berdepan kelab Thailand, Air Force United dan Police United pada 26 dan 30 Mac.

Jika prestasi baik ini mampu dikekalkan, tidak mustahil skuad negara mampu merangkul pingat emas di Sukan SEA Singapura nanti.

Sementara itu skuad B-22 tahun negara kendalian Razip Ismail turut mencatat keputusan seri 1-1 berdepan skuad B-22 tahun Myanmar.

Bintang muda Johor Darul Takzim II (JDT II) Shafiq Shaharuddin berjaya mencatat nama sebagai penjaring.
0 Komentar untuk "Skuad Bawah 23 Malaysia Ikat Seri Korea Utara"

Back To Top