Not Modify --> Keputusan Terkini Manchaster United Vs Liverpool :EPL 2015 - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Keputusan Terkini Manchaster United Vs Liverpool :EPL 2015


Begitu hebat pertarungan dua gegasi besar pasukan terkemuka dunia ini. Tentunya jutaan peminat menumpu pada perlawanan ini , siapakah yang akan mendapat 3 mata penuh ? 

Tentunya persoalan itu akan ada jawapan saat wisel penamat di tuip.

Jika dapat di lihat kedua-dua pasukan mempamerkan corak berhati-hati.


 Pada minit ke 13 Juan Mata telah meledakkan gol Manchester United yang pertama. 

Pada minit ke 19 Liverpool menerima satu kad kuning selepas Joe Allen cuba mengasari pemain MU. MU lebih menekan di kubu Liverpool. Perlawanan memasuki minit ke 26

Saat mendebarkan apabila Liverpool hampir menyamakan kedudukan menerusi Adam Lallana pada minit ke-34.Perlawanan berbaki 2 minit pada separuh masa pertama, Liverpool terus menggasak memburu gol penyamaan.

Steven Gerrard yang beraksi tidak sampai seminit dilayangkan kad merah selepas mengasari Ander Herrera pada minit 46.

Liverpool memperoleh peluang mencipta gol penyamaan hasil tendangan padu Philippe Coutinho minit 55, namun sekadar melewati gawang gol.

Juan Mata sekali lagi meledakkan gol dan meletakkan Manchester United di depan pada minit 58.

Liverpool menjaringkan gol pertama menerusi Daniel Sturridge pada minit 69.

Tamat 90 minit perlawanan, keputusan tetap Liverpool 1 - Manchester United 2






0 Komentar untuk "Keputusan Terkini Manchaster United Vs Liverpool :EPL 2015"

Back To Top