Wakil negara berdepan cabaran getir sebaik kejohanan badminton Terbuka Indonesia bermula apabila terpaksa menempuh beberapa jaguh dunia.
Dua beregu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong meneruskan kemaraan ke peringkat kedua Siri Super Premier Terbuka Indonesia selepas melepasi cabaran masing-masing.
Bagaimanapun V Shem-Wee Kiong tidak perlu turun gelanggang apabila lawannya yang juga pilihan keempat dari Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang terpaksa menarik diri daripada pertandingan.
Manakala Kien Keat-Boon Heong pula terpaksa bermain tiga set dan terpaksa menghaungi pertarungan selama 47 minit sebelum dapat menewaskan Berry Angriawan-Rian Agung Saputro dengan keputusan 21-17, 10-21, 21-15.
Tag :
badminton,
terbuka indonesia
0 Komentar untuk "Terbuka Indonesia 2016 : Beregu Lelaki Lepasi Rintangan Awal"