“Mungkin itu jalan yang terbaik”, kata Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengenai peletakan jawatan K Devan sebagai jurulatih pasukan Pantai Timur itu.
Menurut laporan New Straits Times (NST), K Devan melepaskan jawatannya bersama pasukan The Red Warriors (TRW) atas alasan peribadi.
Difahamkan juga, surat peletakan jawatan Devan sebagai jurulatih TRW diterima KAFA dan ia akan diumumkan secara rasmi dalam tempoh terdekat.
Mengulas lanjut, Dr Hasmiza atau dikenali sebagai Dr Vida juga tidak menolak pasukan TRW akan mencari calon sesuai bagi menggantikan Devan.
Kelantan di bawah kendalian Devan sehingga pertengahan musim ini berada di tangga keenam Liga Super dengan 12 mata.
Dalam 10 perlawanan yang diharungi, hanya tiga kemenangan dicapai dan empat lagi mengalami kekalahan.
Devan merupakan jurulatih kelima yang meletak jawatan atau direhatkan sepanjang musim ini, selepas Ahmad Yusoff (Terengganu), Jacksen Tiago (Pulau Pinang), K Rajagobal (Sarawak) dan Ahmad Shaharuddin Rosdi (Pahang).
0 Komentar untuk "K Devan Hantar Surat Letak Jawatan "