Not Modify --> Siapakah Darren Lok Yang Menjadi Bualan Ramai ? - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Siapakah Darren Lok Yang Menjadi Bualan Ramai ?


Beberapa hari ini Nama Darren Lok mendapat carian yang tinggi.

Siapakah Darren Lok ?

Darren Lok  seorang lagi pemain kacukan Malaysia kelahiran England. Lahir pada 9 mac 1991 dan di lahirkan di Hailsham England. 

Darren memulakan kerjaya dengan akademi Eastbourne Borough. Kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat ke skuad senior pada tahun 2012. Bagaimanapun, beliau dipinjamkan ke Horsham untuk tempoh semusim.

Darren Lok, yang lahir dari pasukan bawah-18 tahun dan skuad rizab sebelum membuat penampilan di Eastbourne Borough, dikatakan memiliki reputasi sebagai penggempur digeruni pertahanan lawan dalam Liga Conference South League (pertandingan bola sepak peringkat enam di England).

Lok menjaring 8 gol dalam penampilan pertamanya bersama pasukan utama Eastbourne pada musim 2012-13 dan disusuli 9 gol dan kemudian 10 gol dalam musim-musim berikutnya.

Pada musim ini, Lok terlepas beberapa perlawanan liga, berikutan dengan kecederaan hamstring. Pun begitu penyerang itu, yang telah menempa nama bagi dirinya sendiri masih mampu menjaringkan 4 gol walaupun hanya bermula dari bangku simpanan. Pasukannya kini di tangga kesembilan dengan 39 mata selepas 30 perlawanan.



"Saya membuat penampilan liga pertama saya untuk Eastbourne pada September 2012 ketika perlawanan dengan Basingstoke Town. Ia adalah hari yang istimewa kerana saya bermula dari bangku simpanan dan menjaringkan gol tunggal dan kemenangan kelabnya enam minit sebelum tamat permainan," kata Lok.

Lok telah berlatih bersama skuad JDT II sejak Mei dan pada bulan 6 sertai pasukan Johor Darul Takzim II.
0 Komentar untuk "Siapakah Darren Lok Yang Menjadi Bualan Ramai ?"

Back To Top