Not Modify --> Manusia Terpantas Malaysia Pecahkan Rekod Sendiri Kurang 24 Jam Dalam Acara 200 Meter - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Manusia Terpantas Malaysia Pecahkan Rekod Sendiri Kurang 24 Jam Dalam Acara 200 Meter



Raja Pecut SUKMA, Khairul Hafiz Jantan, membukti kemampuannya kurang dalam masa 24 jam memecahkan rekodnya sendiri dalam 200 meter.

Catatan 21.14 saat (s) di pusingan separuh akhir acara 200 m di Stadium Sarawak itu mengatasi rekod 14 tahun milik bekas pelari pecut negara berasal dari Terengganu, Nazmizan Muhammad iaitu 21.33 s, yang dilakukan di Sukma 2002 di Sabah. 

Walau bagaimana pun rekod kebangsaan 200 m masih milik Tan Sri M Jegathesan iaitu 20.92 s, yang dicatat di temasya Sukan Olimpik 1968 di Mexico. 

Pada kami di Herosukan perjalanan masih jauh lagi dan masih banyak peluang terbuka untuk Khairul Hafiz Jantan untuk membukti kemampuan dan tidak mustahil dia mampu memecahkan rekod berusia 48 tahun.

Nantikan kejutan yang di lakukan oleh manusia terpantas di Malaysia ini.

Atlet muda itu kini menjadi sebutan selepas berjaya memecahkan rekod 100 m 10.30 s berusia 18 tahun milik Watson Nyambek dengan catatan baharu 10.18 s, semalam.

Tahniah kami ucapkan kepada Khairul Hafiz Jantan.
0 Komentar untuk "Manusia Terpantas Malaysia Pecahkan Rekod Sendiri Kurang 24 Jam Dalam Acara 200 Meter"

Back To Top