Not Modify --> Keputusan Terkini Malaysia Vs Timor Leste 2.6.2016 Playoff 1 Piala Asia 2019 - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Keputusan Terkini Malaysia Vs Timor Leste 2.6.2016 Playoff 1 Piala Asia 2019



Skuad HarimauMalaysia menerima kunjungan pasukan Timor Leste (East Timor) dalam perlawanan playoff pertama saingan kelayakan Piala Asia 2019 yang dijadualkan untuk kedua-dua pasukan pada hari Khamis, 2 Jun 2016.
Sekiranya pasukan Malaysia menang pada perlawanan ini dan aksi kedua pada 6 Jun nanti ia akan membuka peluang Harimau Malaysia untuk melangkah ke peringkat kelayakan akhir Piala Asia 2019 sekali gus mampu merebut satu daripada 12 tempat dalam pusingan akhir kejohanan di Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Skuad Harimau Malaysia tidak mempunyai pilihan lain, selain mencatat kemenangan dalam dua perlawanan playoff menentang Timor Leste demi kelangsungan hidup Harimau Malaysia dalam kempen Piala Asia dan pastinya seluruh penyokong setia Harimau Malaysia menuntut para pemain mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan Harimau Malaysia mampu mara ke peringkat seterusnya
Perlawanan Malaysia menentang Timor Leste dijangka sengit kerana Harimau Malaysia bukan berdepan dengan skuad Timor Leste yang 10 tahun dahulu, sebaliknya perlu terus menyerang dan memastikan gol dan kemenangan berpihak pada Harimau Malaysia.

Keputusan Terkini Malaysia Vs Timor Leste 2.6.2016 Playoff 1 Piala Asia 2019

        Malaysia - Timor Leste 
3    -   0 
Ahmad Hazwan 17' 
Ahmad Hazwan 20"
Amri 85'
0 Komentar untuk "Keputusan Terkini Malaysia Vs Timor Leste 2.6.2016 Playoff 1 Piala Asia 2019"

Back To Top