Not Modify --> Piala AFC :Keputusan Terkini JDT Vs Bengaluru FC 11.5.2016 - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Piala AFC :Keputusan Terkini JDT Vs Bengaluru FC 11.5.2016



Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan cabaran kempen Piala AFC musim 2016 bagi peringkat kumpulan dengan berdepan pasukan kelab dari India iaitu Bengaluru FC dalam perlawanan keenam juga aksi terakhir kumpulan H yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 11 Mei 2016 

JDT menerima kunjungan Bengaluru FC 
tanpa sebarang tekanan kerana telah layak ke pusingan kedua Piala AFC 2016 selepas mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam saingan kumpulan H dengan mengumpul 15 mata. 

Bagaimanapun untuk tidak menghampakan penyokong, perlawanan ini merupakan misi JDT untuk mencipta kemenangan seterusnya Dengan prestasi memberangsangkan pasukan JDT setakat ini, sama ada dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala AFC, sudah tentu skuad kendalian jurulatih Mario Gomez itu mahu meneruskan momentum tersebut dengan memberikan aksi terbaik pada perlawanan ini untuk meraih kemenangan 

Pertemuan ini juga disifatkan sebagai aksi pelengkap jadual perlawanan memandangkan JDT dan Bengaluru FC sudahpun mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Piala AFC 2016 Johor DT kekal selaku pendahulu Kumpulan H dengan 15 mata sambil mengekalkan rekod bersih 


lima kemenangan setakat ini, manakala Bengaluru FC pula berada dikedudukan kedua kumpulan dengan mengutip 9 mata.

Keputusan Terkini JDT Vs Bengaluru FC 11.5.2016 Piala AFC


JDT             VS             Bengaluru FC 

 3          -           0

minit ke 69 hasil gol refleksi Syafiq Rahim. Minit ke 77 gol hasil sepakan Safee Sali.
Penalti - Shakir
0 Komentar untuk "Piala AFC :Keputusan Terkini JDT Vs Bengaluru FC 11.5.2016 "

Back To Top