Not Modify --> Pemain Baru Johor Darul Takzim (JDT) Alhaji Kamara - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Pemain Baru Johor Darul Takzim (JDT) Alhaji Kamara



Satu berita yang gembira apabila Johor Darul Takzim (JDT) Mengambil pemain baru untuk pasukan tersebut.

Menurut facebook JOHOR Southern Tigers

Pemain pasukan kebangsaan Sierra Leone dan juga Idrottsföreningen Kamraterna Norrköping (IFK Norköping) di dalam Liga Sweden iaitu Alhaji Kamara akan dipinjamkan tetapi mempunyai pilihan untuk dibeli kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi melengkapkan baki saingan Liga Malaysia. Pemain yang akan berusia 21 tahun pada 16hb April nanti bakal mengisi posisi penyerang pasukan JDT. 

Alhaji Kamara akan dipinjamkan tetapi mempunyai pilihan untuk dibeli kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi melengkapkan baki saingan Liga Malaysia. Pemain yang akan berusia 21 tahun pada 16hb April nanti bakal mengisi posisi penyerang pasukan JDT.Jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) yang dibuka April ini menyaksikan JDT membuat rombakan dibahagian hadapan di mana Alhaji Kamara dijangka akan menemani seorang lagi pemain pinjaman, Patito Rodriguez yang hadir dari kelab Brazil, Santos. 

Dengan itu Harimau Selatan kini diperkuatkan dengan empat tenaga import iaitu Marcos Antonio, Hariss Harun dalam kancah liga tempatan, sementara khidmat Luciano Figueroa akan terus ditagih dalam pertandingan Piala AFC.
BIODATA ALHAJI KAMARA
 
Nama :      Alhaji Kamara
Tarikh Lahir :     16 April 1994 (age 20)

Tempat Lahir :     Freetown, Sierra Leone
Tinggi :     1.80 m (5 ft 11 in)
Posisi : Penyerang 

Selamat datang ke Johor Darul Ta'zim dan selamat maju jaya bersama Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor!
0 Komentar untuk "Pemain Baru Johor Darul Takzim (JDT) Alhaji Kamara"

Back To Top