Not Modify --> Cristiano Ronaldo Meledak Hatrik Paling Pantas - Daily Sukan

perkembangan sukan di Malaysia

Dikuasakan oleh Blogger.

Cristiano Ronaldo Meledak Hatrik Paling Pantas




real madrid



Madrid: Penyerang Real Madrid Cristiano Ronaldo meledak hatrik paling pantas sepanjang kariernya sebelum menambah dua lagi ketika pasukannya menang besar 9-1 ke atas pasukan kedua tercorot Granada semalam, sekali gus ketinggalan hanya satu mata kepada pendahulu La Liga, Barcelona.

Bintang Portugal Ronaldo menghasilkan hatrik dalam tempoh lapan minit pada babak pertama dan menambah dua lagi gol pada babak kedua di Bernabeu untuk membantu Real melakar kemenangan terbesar sejak setengah abad lalu.

Lima gol Ronaldo itu yang pertama dilakukannya dan membolehkan catatan jaringannya meningkat kepada 36 gol musim ini, lebih empat gol berbanding penyerang Barca Lionel Messi.

Selepas gagal meledak gol sepanjang sembilan aksi sebelum ini, Gareth Bale akhirnya kembali menemui sentuhan apabila meletakkan Real di depan pada minit ke-25.

Pemain sayap Wales itu mengambil kesempatan kesilapan benteng pertahanan lawan dan memperdayakan penjaga gol Granada Oier Olazabal sebelum menolak bola ke gawang.

Ronaldo menambah kelebihan Real lima minit kemudian sebelum menghasilkan gol ketiga pada minit ke-36 dan melengkapkan hatrik dua minit kemudian.

Karim Benzema menjadikan kedudukan 5-0 ketika tujuh minit babak kedua bersambung sebelum Ronaldo menambah gol pada minit ke-54 dan Benzema menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-56.

Robert Ibanez menghasilkan gol tunggal pelawat pada minit ke-74 sebelum pertahanan Granada Diego Mainz menjaringkan gol sendiri ketika permainan berbaki tujuh minit dan Ronaldo melengkapkan kemenangan bergaya Real pada minit terakhir permainan.

“Kami memulakan perlawanan dengan baik dan prestasi kami sangat luar biasa,” kata pertahanan Real Marcelo. “Kami tidak berhenti menyerang. Kami bermain seolah-olah belum menjaringkan gol dan itulah sebabnya mengapa kami mampu menghasilkan sembilan jaringan.”
0 Komentar untuk "Cristiano Ronaldo Meledak Hatrik Paling Pantas"

Back To Top